BLOK PENTADBIRAN MTI
PETA KOMPLEKS MA'AHAD TAHFIZ ISMAIL PUNCAK ALAM
FASILITI PELAJAR
A. ASRAMA PELAJAR
MTI telah mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa kepada pelajar. Oleh itu, MTI telah membina asrama yang lengkap. MTI telah membina 26 bilik asrama, secara puratanya, setiap bilik menempatkan lapan orang pelajar pada satu-satu masa. Pelajar akan dibekalkan tilam, bantal, katil, almari, cadar, dan selimut. Manakala untuk pembelajaran, pelajar akan disediakan kerusi, dan meja untuk memberi lebih ruang untuk pelajar mengulang kaji pelajaran dan berehat. Selain itu, MTI juga menyediakan empat pantri dan empat bilik ulangkaji juga untuk memberi kemudahan kepada pelajar. Secara keseluruhannya, asrama ini dapat menampung kira-kira 208 orang pelajar.
BLOK ASRAMA PELAJAR
KATIL PELAJAR
MEJA ULANG KAJI PELAJAR
BILIK ULANG KAJI PELAJAR
BILIK MENGGOSOK
PANTRI
B) FASILITI AKADEMIK DAN HAFAZAN
Kemudahan akademik dan hafazan merupakan aspek yang amat diberi perhatian. MTI telah menyediakan lima kelas akademik dan tiga kelas hafazan yang kondusif bagi perlaksanaan proses pembelajaran. Kelas akademik dan hafazan dilengkapi dengan kemudahan yang cukup seperti kerusi, meja dan rehal yang mencukupi. Di samping itu, beberapa kemudahan lain yang berkaitan langsung dengan proses pembelajaran turut disediakan seperti perpustakaan.
BILIK AKADEMIK
SUASANA BILIK AKADEMIK
BILIK HAFAZAN
SUASANA BILIK HAFAZAN
BILIK KULIAH LANJUTAN
BLOK AKADEMIK DAN BLOK HAFAZAN
C) SUKAN DAN RIADAH
MTI mempunyai pelbagai fasiliti sukan seperti bola sepak, takraw, badminton, bola keranjang, bola tampar, memanah dan ping pong. Fasiliti untuk bola sepak mempunyai tiga padang bola sepak. Sepak takraw dan badminton mempunyai dua gelanggang. Manakala, ping pong, bola tampar mempunyai satu gelanggang. Parking ibu bapa juga disediakan semasa Hari Sukan MTI (KESUMA) yang dijalankan setiap tahun.
PADANG BOLA SEPAK
GELANGGANG BOLA TAMPAR DAN BOALA KERANJANG
GELANGGANG SEPAK TAKRAW DAN BADMINTON
BILIK KECERGASAN DAN BILIK PING PONG
D) PERPUSTAKAAN
MTI mempunyai sebuah bangunan perpustakaan di yang dapat menampung 40 pengguna dalam satu-satu masa dengan jumlah koleksi semasa hampir 2000 bahan (termasuk buku,, majalah dan surat khabar). Sebuah kelas perpustakaan juga terdapat di Perpustakaan MTI. MTI telah menyedikan satu perkhidmatan yang baik dapat diberikan kepada para pelajar, keseluruhan buku berkenaan disusun dan diklasifikasikan seperti berikut :-
PERPUSTAKAAN MTI
KAUNTER PERPUSTAKAAN MTI
RUANG MEMBACA
RUANG MEMBACA
KOLEKSI BUKU PERPUSTAKAAN MTI
KELAS AKADEMIK DI PERPUSTAKAAN MTI
E) DEWAN MAKAN
MTI juga telah menyediakan dewan makan yang berdekatan dengan asrama pelajar. Dewan makan ini dapat menampung sekurang-kurangnya 230 orang dan dilengkapi dengan kerusi, meja, pinggan, cawan dan peralatan yang cukup. Selain itu, makanan dan minuman juga disediakan secara berjadual dan mencukupi untuk semua pelajar. Makanan juga dimasuk oleh chef yang bertauliah dan mengikuti prosedur penyediaan makanan. Selain itu juga, kebersihan dewan makan juga amat dititikberatkan.
DEWAN MAKAN MTI
MAKAN MALAM DI DEWAN MAKAN MTI
F) KEMUDAHAN LAIN
Surau adalah fasiliti lain yang terdapat di MTI. Kemudahan ibadat kepada para pelajar dan masyarakat sentiasa diberi keutamaan. Atas hasrat demikian, MTI menyediakan sebuah surau yang boleh menampung seramai 300 jemaah. Solat jumaat dan pelbagai program diadakan untuk memberi kemudahan ini tidak hanya dikhususkan kepada warga MTI, tetapi turut memainkan peranan dalam pembangunan masyarakat setempat.
SURAU MTI
KELAS HAFAZAN DI SURAU MTI
Kawalan keselamatan yang baik juga disediakan oleh MTI supaya dapat mengelak berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini dan membuktikan tahap keselamatan yang baik di dalam kawasan sekolah.
POS KAWALAN KESELAMATAN MTI
Unit Kerjaya dan Kauseling memainkan peranan dalam memastikan para pelajar mendapat keseimbangan ilmu dan keperibadian yang tinggi dan seterusnya membantu MTI melahirkan pelajar yang berkualiti. Oleh itu, bilik kerjaya disediakan dan khidmat kaunselor yang berkelayakan dilantik untuk menjadi tempat rujukan para pelajar dalam memastikan permasalahan dan kesulitan para pelajar diperhalusi dan diselesaikan.
BILIK KERJAYA DAN KAUNSELING MTI
PAMERAN KERJAYA DAN AKTIVITI MTI
Koperasi pelajar turut disediakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar untuk membeli barang keperluan harian seperti makanan, minuman, cucian, penjagaan diri dan sebagainya. Secara tidak langsung memberi keselesaan dan kemudahan kepada para pelajar.
KOPERASI MTI
Bilik Kesihatan juga disediakan oleh MTI. Peralatan kesihatan seperti katil, kerusi roda, dan ubat-ubatan disediakan untuk pelajar sekiranya ada sebarang rawatan kecemasan dan kecederaan. Bilik kesihatan ini memudahkan para guru memantau pelajar sekiranya mempunyai masalah kesihatan.
BILIK KESIHATAN MTI
Persatuan unit beruniform pelajar iaitu Kadet Lebah MTI untuk pelajar-pelajar bergiat dan mengembangkan bakat masing-masing dalam bidang kepimpinan, pengurusan organisasi, dan lain-lain.
UNIT BERUNIFORM MTI
KADET LEBAH MTI
Hak Cipta Terpelihara © 2017-2018 MA'AHAD TAHFIZ ISMAIL PUNCAK ALAM | By RTVCREATIONS.COM