Pada Januari sehingga Mac 2020, Ma’ahad Tahfiz Ismail (MTI) telah menjalankan Program Jati Diri Pelajar Tingkatan satu. Program ini dijalankan selama tiga bulan bermula pada bulan Januari sehingga Mac. Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar, khususnya kepada pelajar yang baru mendaftar di MTI.

1.jpg

2.jpg             

 

Pada 23 Februari, Ma’Ahad Tahfiz Ismail te,lah mengadakan lawatan ke Pusat Sains Negara di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan untuk menambah ilmu dari sudut sains dan teknologi kepada para pelajar.

3.jpg

4.jpg

 

    Pada Februari sehingga Mac 2020, Pada bulan februari hingga mac 2020, Ma’ahad Tahfiz Ismail telah menyertai beberapa kejohanan sukan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Oleh itu, pihak MTI telah menghantar beberapa atlit untuk menyertai acara yang dipertandingkan dalam kejohanan sukan tersebut. Hasilnya,  atlit MTI telah memenangi beberapa acara sukan.

5.jpg

6.jpg

 

         Pada 29 ogos sehingga 4 september 2020, Ma’ahad Tahfiz Ismail telah mengadakan Minggu Sains yang bertemakan ‘Sains Mengungguli Pemikiran Kreatif dan Inovatif’. Matlamat utama program ini adalah untuk mencungkil bakat dan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains

7.jpg

8.jpg

 

  Pada setiap Khamis Oktober, mti telah menagadakan Majlis bacaan Yassin dan Solat hajat. Program adalah salah satu program yang dirancang untuk memohon kepada Allah S.W.T. demi kesejahteraan MTI dan warganya. Penganjuran majlis seperti ini adalah sebagai salah satu usaha untuk membantu para pelajar dari segi kerohanian selain usaha yang berterusan daripada pihgak pengurusan MTI.Selain itu ianya dapat mengeratkan lagi ikatan persaudaraandalam kalangan warga MTI.

9.jpg

10.jpg

 

Pada Oktober 2020,MTI telah mengadakan program Pengurusan Jenazah. Pengurusan jenazah ini adalah Fardu Kifayah dan wajib dipelajari dan diketahui oleh semua umat Islam. Perkara ini tidak hanya perlu diketahui oleh imam,bilal atau pegawai syarak tetapi ianya adalah ilmu yang wajib dituntut oleh orang-orang yang beriman. Sehubungan dengan itu, MTI telah mengadakan kursus Asas Pengurusan Jenazah.

11.jpg

12.jpg

 

Pada 13 Oktober 2020, Temudaga pelajar tingkatan sesi 2021 telah dijalankan. Temuduga terbahagi kepada ujian hafazan dan akademik

13.jpg

14.jpg

 

Pada Oktober 2020, MTI telah mengadakan Semniar teknik menjawab ekonomi. Usaha ini untuk memanfaatkan pengalaman guru pakar dalam bidang masing-masing untuk berkongsi kaedah dan teknik menjawab soalan peperiksaan secara berkesan, antara pendekatan yang dilaksanakan MTI untuk membantu pelajarnya menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

15.jpg

16.jpg