4 Oktober 2020 : Pengurusan Jenazah adalah Fardu Kifayah dan wajib dipelajari dan diketahui oleh semua umat Islam. Perkara ini tidak hanya perlu diketahui oleh imam,bilal atau pegawai syarak tetapi ianya adalah ilmu yang wajib dituntut oleh orang-orang yang beriman. Sehubungan dengan itu, MTI telah mengadakan kursus Asas Pengurusan Jenazah.
Semua pelajar MTI telah mengikuti kursus tersebut yang dijalankan di Surau MTI. Kursus ini telah diadakan bertujuan untuk melatih dan memberi kefahaman secara terperinci kepada umat Islam tentang cara pengurusan jenazah yang betul jika berlaku kematian. Selain itu , para pelajar yang menyertai kursus ini berpeluang menambah ilmu pengetahuan dengan mengajukan soalan-soalan berkaitan pengurusan jenazah, kematian dan lain-lain hal yang berkaitan.